~~Bungamekar~~

By: bunga mekar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Aug-2009 13:31 Email | Share | | Bookmark
My Sempoi Tomyam

 
 
salam...
asal nyer ndak buat padprik tapi terbuat tomyam ...cam mana ntah.. ..apa2 pun tak kisah lah..janji perut kenyang. Pokok daun limau purut yg i tanam, dah semakin membiak, n cakap ngan my maid yg pokok ni boleh guna dlm masakan n buat kuih...tu yg ndak buat padprik sebab ndak letak daun limau purut..(ndak tunjukkan pada my maid) tapi tomyam pun pakai daun limau purut gak kan...
juz my simple recipe.Tomyam ni berasa amat sedap sebab udang yg di beli sangat manis isinyer so, terbangkit la rasa udang dalam ini tomyam!!!

Bahan:-
5 sudu besar cili mesin
Beberapa tangkai cili padi - ikut kepedasan, tapi tak letak pun nanti mykids tak leh makan pulok
2 sudu besar sos cili
4 / 5 sudu besar sos tomato - ndak lebih sedap guna buah tomato dan lenyekkan hingga dapat pati atau ala2 tomato puree..
Satu labu bawang besar - bawang Hollang di potong bulat
3 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut - diracik or di siat2 jer..
2 sudu besar sos tiram
Air secukupnyer
Udang
Sotong
Beberapa ketul ayam dipotong kecil
Garam
Carrot
Buah tomato


Cara:-
Tumiskan cili mesin,sos tomato,sos cili n sos tiram.Kacau hingga cili masak.Perasakan garam.Masukkan udang,ayam dan sotong. Tambah air secukupnya.Kemudian baru masukkan serai yg diketuk, daun limau purut, tomato yg dah dibelah 4 dan bawang besar. Kacau n biar mendidih sehingga udang n sotong empuk.Jangan lama sangat nanti air udang hilang rasa.Dah siap.




ni masak style campak2 jer...




Saturday, 1-Aug-2009 15:51 Email | Share | | Bookmark
Kek Labu Manis

 
 
 
salam buat semua..
arini ter rajin ndak buat kek sebab mood "membaking" datang... .Terjumpa resepi ni dalam blog CMG, so berbekal kan semangat yg kuat... i pun buat kek ni tuk menu minum petang..(Arini, warung mak ngah jual kuih tradisional - tutup!!!)

p/s i C&P jer frm CMG blog..follow step by step...cuma bab labu kukus tu, i gantikan dgn blend ajer labu tu ngan sikit air..(potong ketul2 n blend, lagi sedap, ada rasa serat2 labu.. )

BAHAN-BAHANNYA
3 biji telur gred A
1 cawan mentega cair
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit,potong ketul2 n blend dgn sedikit air (tapis n buang kan airnyer)
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 175C.

Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, mentega cair, labu (yg dah di blend) dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

* Kek ni lembab sikit, tapi sedapp...my kids suka lah pulak...tp tak brapa pandai ndak adjust api lagi..tu yg gelepp sikit kulitnyer...eh, tapi tak hangit yer...still sedappp n garing...





Monday, 27-Jul-2009 14:57 Email | Share | | Bookmark
Makan Pizza @ Yellow Cab

ayie memang chuka pijja!!!
 
 
View all 6 photos...
salam...
ni backdated entry...
malam minggu baru ni, cik wa ajak p makan J.Co @ Pavillion..apalagi, memang dah lama jugak mykids ni tak makan J.Co..so misi ON!!! Biasa lah malam minggu @ Pavillion memang tak sesuai ndak bawak anak2 cuci mata Memandangkan orang ramai kat dlm kedai ni so, we'll tapau jer donut tu bawak balik n p makan tempat lain.
Cik Wa ajak p makan Yellow Cab @ Ampang Point...(ok jugak tempat ni...)





Sunday, 26-Jul-2009 11:56 Email | Share | | Bookmark
Kuih Cara

 
 
kalu kat bawah ni...kuih cara berlauk..., yg ni pulak versi kuih cara manis..dlm ada gula...still use the same ingredients juz add the sugar as a filling..thats all..buat mykids yg tak berapa sangat makan kuih2 yg savoury ni..
Hah, kalu yg versi ni sekejap dah abis...




Tuesday, 21-Jul-2009 12:57 Email | Share | | Bookmark
Kuih Cara Berlauk

 
ni menu minum petang hari ahad..
bila mymum sibuk menyebut ndak makan kuih cara berlauk, terus i pun rasa macam ndak buat.apalagi, kuih ni memang senang,cuma kat myresidence ni tak de acuan bahulu cermai ni...so, p ler beli..(tapi tak sama cam acuan dulu2 yg berat dan montot nyer hitam legam..eh klasik tau acuan dulu..). Resepi ni dah diolah sikit mengikut selera i... ada gak inti nyer letak serunding daging yg my1 beli masa p kelantan tempoh hari. So, kuih cara ni ada dua versi...

KUIH CARA BERLAUK
Bahan:-
150gm tepung gandum #
2 biji telur #
125ml santan #
200 ml air#
Secubit garam #
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning #
# Gaulkan semua bahan diatas dan tapiskan adunan.Blend pun boleh gak.
Bahan Inti
300gm daging kisar *
1 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
Sedikit rempah kari daging *
Secubit garam *
1 sudu minyak masak untuk menumis *
• Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging hingga masak.
Bahan Hias
Hirisan daun sup
Bawang Goreng
Cili merah dibuang biji

Cara:
Panaskan acuan kuih atas dapur dengan api kecil. Lenserkan dengan sedikit minyak masak.Bila panas, tuangkan adunan ¾ penuh, masukkan 1/3 camca the inti, tabor daun sup,bawang goring dan cili. Tutup acuan dan biar masak 4-5 minit hingga permukaan kuih masak dan bahangian bawah perang kekuningan.




[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net