Want your
own Fotopage?






 
~~Bungamekar~~

By: bunga mekar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Aug-2009 15:51 Email | Share | Bookmark
Kek Labu Manis

 
 
 
salam buat semua..
arini ter rajin ndak buat kek sebab mood "membaking" datang... .Terjumpa resepi ni dalam blog CMG, so berbekal kan semangat yg kuat... i pun buat kek ni tuk menu minum petang..(Arini, warung mak ngah jual kuih tradisional - tutup!!!)

p/s i C&P jer frm CMG blog..follow step by step...cuma bab labu kukus tu, i gantikan dgn blend ajer labu tu ngan sikit air..(potong ketul2 n blend, lagi sedap, ada rasa serat2 labu.. )

BAHAN-BAHANNYA
3 biji telur gred A
1 cawan mentega cair
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit,potong ketul2 n blend dgn sedikit air (tapis n buang kan airnyer)
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 175C.

Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, mentega cair, labu (yg dah di blend) dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

* Kek ni lembab sikit, tapi sedapp...my kids suka lah pulak...tp tak brapa pandai ndak adjust api lagi..tu yg gelepp sikit kulitnyer...eh, tapi tak hangit yer...still sedappp n garing...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net