~~Bungamekar~~

By: bunga mekar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Feb-2010 15:25 Email | Share | Bookmark
Kek Pisang Lembab

salam...
buat kek ni dah lama..time mymaid ada lagik...(la ni oven dah "senyap",mixer tak "berbunyi"..kuali dah "tergantung") ni kes assisstant dah tendered...huh!...for da time being, a few "project" banyak yg postponed...
nak update gak hasil keje seni i ni walaupun tak seberapa..but.....!!... to me, am really enjoy baking..cam main masak2..peh tu kecah2, suh org lain kemas...ha ha..whatever la....
recipe dari dapur CMG...i C&P yer CMG...sedapppp...

BAHAN-NAHANNYA
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

p/s anak2 suka masa makan kek ni..tqvm CMG...


>>abaikan cawan display tersebut yg lupa nak di isi ngan air...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net